Wednesday, 15 February 2012

Mak..

Setiap kali aku tengok muka Mak aku masa Mak tengah tido, aku akan terfikir "apalah nasib aku, apalah yang akan jadi kalau wanita yang satu ni takde?".

Mak..
TQ sebab mengandungkan kami 9 bulan lebih. bukan senang mengandung ni sebenarnye kan. macam-macam hal boleh jadi, macam macam perkara nak kena berpantang. tapi Mak tabah harungi tempoh tu demi kitorang berempat. 

Mak...
TQ sebab melahirkan kami semua. walaupun Mak tak pernah melalui pengalaman perit melahirkan cara normal, tapi Mak dipengsankan sebelum mula operation, perut Mak dibelah belah, perut Mak dijahit lepas kami dikeluarkan, pusat Mak dah tak serupa pusat. semua proses tu Mak lalui sebanyak 4 kali. kesian tengok Mak setiap kali ternampak pusat Mak & bekas jahitan tu..

Mak...
TQ sebab membesarkan kami. walaupun ada terkurang sana sini, tapi Mak tetap cuba membuat kehidupan kanak kanak kami sempurna. tq Mak sebab kami dibesarkan dengan makanan hasil dari air tangan Mak dan bukan air tangan mamak. sebab tu kami sehat sehat. hehe.

Mak...
TQ sebab selalu ada di sisi kami. bila kami sedih, kami keliru, kami ditinggalkan, kami dipulaukan, dimarah, dibenci, malah bila kami diraikan, dipuji, disanjung, Mak ada bersama kami. Mak bekalkan kami kata kata semangat, Mak bekalkan kami khidmat nasihat, Mak iringkan doa untuk kami supaya mudah urusan. setiap kali nombor Mak didail, jarang sangat sangat Mak menghampakan kami. TQ Mak.. TQ....

Mak...
being the second child sometimes makes me the second best option. i know you depends a lot on Kaklong but keep my words Mak, whenever she is not available, you can surely count on me. i have used you for all of my life, now it's time for you to make full use of me. and tima mintak maaf andai ada yang tak dapat dipenuhi. tima cuba sedaya upaya. Halalkan segala apa yang pernah Mak bagi.. ampunkan segala kekasaran kami, kebiadapan kami, keangkuhan kami menerima nasihat Mak. ampunkan dosa anakmu yang dah beribu ribu kali menyebabkan air matamu jatuh ke bumi. Subhanallah, besarnya jasa Mak pada kami.. apalah daya kami membalas semuanya semula?? hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu Ibuku..

"Ya Allah Kau kasihanilah ibuku, kasihanilah bapaku sebagaimana mereka menjaga aku sejak lahir hingga penghujung nyawaku.. Amin..."


Father and Mother I Love You. :' )

No comments:

Post a Comment