Saturday, 21 January 2012

Terukir di Bintang Tak Mungkin Hilang Cintaku Padamu

helo melo pelo belo blog yang sekian lama terpisah akhirnya bertemuuu...

dah lama tak update blog. rinddduuuu...

hari ni nak share lagu hantu baru saye :D

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti... kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




suuuuukaa sangat dengar lagu dan tengok fan-made video clip lagu ni.
mula mula dengar rentak, terus dapat tangkap macam lagu apa. alaaa kalau korang selalu tengok iklan enchaunteur or apa-apa movie yang selitkan Paris sebagai latar tempat, mesti korang kenal sangat la lagu ni. hewhew.

Yuna memang super best! walaupun saya tak layan semua lagu dia, tapi lagu lagu dia yang saya suka, semua best gilo. her songs are brilliant, as brilliant as she is. hehe.


dan ni ada perkongsian sket, doa yang pakteh saya share kat fb.
Jam pun dah pukul 11.00. Mata pun dah letih. Ya Allah.. aku berlindung dari rasa menyampah apa jua paparan-paparan kebenaran, paparan ayat-ayat Quran mahupun hadith yg diperkongsikan rakan-rakan serta kata-kata nasihat yg baik dr mereka. Aku juga mohon perlindunganMu dari rasa menyampah kepada sesiapa sahaja, terutamanya yg sebangsa, seagama, sejawatan mahupun yg bekerja dlm sama jabatan atau kementerian. Tidaklah lahir rasa menyampah dlm diriku itu melainkan kerana ada bara kesombongan dan api kedengkian dlm hatiku. Ya Allah, yang mengetahui dalam lubuk hatiku yg paling dalam, sesungguhnya NabiMu pernah mengingatkan walaupun sebesar zarah kesombongan dan dengki, sudah cukup mencampakkan aku ke dalam neraka kemurkaanMu. Amin Ya Allah

Monday, 9 January 2012

Oreo Blueberry Cheesecake Non Baked

fuish, dah lama tak masuk sini tak memasal lupa password. huahua.

baru baru ni masa tengah soh seh soh seh takde kerja, sorang rakan sekerja saye terbukak cerita pasal rancangannye nak buat kek oreo. katanya ala ala kek batik yang guna biskut marie tuh. then tiba-tiba teringat dulu penah dua kali buat Oreo Blueberry Cheesecake akibat terpengaruh ngan sorang kakak kat pesbuk. mula la meleleh air liur teringat kesedapan, kehalusan tekstur cheesecakenya dan kemanisan oreo yang diimbangi dengan kemasaman buah lemon *terpengaruh ngan Masterchef Malaysia. yay Dr Ezani menang!*




by Kak Fareha. nilah dia yang dikatakan air tangan orang terel masak. cincai pun lawa dan sedap.



second attempt by Kak Fareha. lagi la mouthwatering. wuuu..


memandangkan resipi masa buat dulu dah terdelete sekali ngan blog lama, oleh itu hari ni nak share kat sini la resipinye (more like sebab malas nak tulis dalam buku). huhu :D

untuk base
 - 1 1/2 paket biskut oreo (nak banyak, leh gandakan)
 - 50g butter – cairkan

untuk cheesecake
 - 250g cream cheese (saye guna brand Philadelphia, wrapping warna silver ada jual kat Tesco, Giant dan yang sama waktu dengannya)
 - 200g whipping cream
 - 1 botol kecik plain yogurt + 1 botol kecik yogurt mix berries. (saye suka brand Nestle!)
 - 50g gula
 - 15g gelatin brand Nona
 - 60ml air panas
 - sebijik lemon, tapi kita nak guna 2 sudu perahan airnye saje. (supaya orang tak cepat muak makan cheesecake ni)
 - preserved blueberry dalam jar. guna la sebanyak mana yang nak. ada jual kat Tesco.


cara-caranya
untuk base
 - hancurkan biskut sampai jadi serbuk. alaskan loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan. (teknik ni tak diapply masa buat dulu. nanti nak buat la! :D)
 - tuang mentega ke dalam biskut. kacau rata. then tuang ke dalam loyang dan tekan tekan kasi padat. 
 - simpan di dalam peti sejuk dalam 30min-sejam. 

untuk kek
 - bancuh gelatin dengan air panas, kacau sampai gelatin larut (kalau air tak cukup panas, nanti dia jadi berketul ketul. tak best). then, letak tepi.
 - dengan menggunakan kayu hoki mesin pengadun, pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak lebam biru biru gebu. masukkan yogurt, air perahan lemon dan whipping cream. pukul lagi hingga mati sebati. pastu masukkan gelatin tadi dan pukul lagi hingga rata.
 - dengan menggunakan senduk kayu/sudu/chopstik/pakai jari pun boleh, masukkan preserved blueberry. tak payah kacau beriya iya supaya ada effect marble marble skit.
 - pastu tuang ke dalam loyang dgn biskut yang dah disejukkan tadi, masukkan semula dalam peti ais, tunggu lebih kurang 2,3 jam then voila! dah siap!


my humble cheesecake. 1st attempt jadi, 2nd attempt kureng. huhu.


JOM BUAT LAGI! :D


sumber :