Friday, 9 December 2011

Saya Tak Malu Saya Penganggur

Mode : Skemarama - ON.
Mood : Inspired.

Pada suatu hari, dalam perjalanan dari Melaka ke Shah Alam, saya sempat berbual dengan lelaki di sebelahku. Dia seorang fresh graduate dari sebuah universiti tempatan. Sudah setengah tahun dia tamat belajar dan sudah dua bulan majlis konvokesyen berlangsung tetapi sehingga kini, tatkala rakan-rakan sepengajian sibuk mencari tapak dalam universiti kehidupan, dia masih belum bekerja. Here's the reasons why :


Saya tak malu walaupun sampai sekarang saya menganggur.
Saya bekerja 2 bulan dan berehat 2 tahun. Haha.

Kawan-kawan saya, saudara saya semua marah kat saya.
"Apalah kau ni, Mat. Ada degree tapi kerja kat warung"
Pakcik saya (tuan punya warung) ketawa je, sebab dia je yang tahu condition saya.
Bila ke belakang (warung), dia marahkan saya, "Kuang ajo ko ye. Kenapa tak bagi tau je perkara sebenar kat diorang?". Saya cuma ketawa.

Saya ada kawan, gaji RM2000. Setahun RM24,000. Kerja 12 bulan, cuti 3 minggu. Saya? Rilek je kais-kais kerja. Kerja kat warung tolong mak saya. Saya tak lupa dengan duit mana saya dibesarkan. Diorang? Jadi kuli untuk orang. Tapi cuba tengok dalam akaun, siapa lagi banyak?

Saya memang suka kerja freelance. Tak suka terikat dengan mana-mana syarikat, duduk bawah orang. Kat mana ada lubang rezeki, kat situ saya ambil kesempatan. Tapi ambil kesempatan, bukan menaguk di air keruh. Siapa perlukan cangkul, kat situ saya campakkan cangkul saya.

Biasalah dalam mana-mana bisnes, ada ujian. Sabarlah menghadapi ujian. Semua orang yang nak mula hidup akan hadapi pelbagai ujian. Lain orang lain ujiannya. Ujian yang tuhan beri untuk apa? Untuk kita ingat kat Dia. Bila susah, biasanya time tu la kita ingat.

Ini petua untuk rezeki dimurahkan;
Bila berak jangan tengok taik.
Lepas makan, basuh pinggan.
Sebaik keluar rumah, ayat kursi sekali. Sebaik masuk rumah, ayat kursi sekali.

Saya sangat respect ayah saya. Dia sanggup jadi anjing orang untuk jadikan saya macam ni. Sebab tu, apa saja arahan ayah, saya tak ada kompromi. Dia panggil, saya datang. Dia suruh saya stay, saya stay. Dia lelaki yang sangat saya respect. Bayangkan la, dalam ramai-ramai anaknya, saya seorang saja yang menjadi.

Mana taknya sampai sekarang saya tak bekerja. Ayah suruh saya bekerja di syarikat bosnya. Saya bagi resume kat ayah, dia hilangkan. Saya bagi resume lagi kat ayah, dia hilangkan. Sudahnya, saya minta kalau ayah ada tanah untuk dijual, bagi kat saya. Biar saya uruskan.

Hidup biar sederhana. Kena kurangkan obsesi pada duit yang banyak. Untuk apa orang tahu kita banyak duit? Kalau ada rezeki, adalah. Jangan terlalu berharap. Teruskan usaha.


Kurangkan obsesi. Tingkatkan obesiti. Eh?


- Saya sangat respect lelaki ini. Walaupun luarannya dia nampak biasa-biasa, tetapi hatinya besar. Kental menghadapi ujian hidup. Untung sekali perempuan yang kini berada di hatinya. Beruntung kerana dapat memiliki lelaki selelaki ini  : )

No comments:

Post a Comment